KEUNIKAN BANGUNAN IBU PEJABAT SHAKLEE

IBU PEJABAT SHAKLEE DI PLEASATON, CALIFORNIA BUKAN SEKADAR PUSAT OPERASI, MALAH IA ADALAH SIMBOLIK KEPADA FALSAFAH YANG DIDUKUNG OLEH SHAKLEE

Ia direkabentuk oleh arkitek terbilang – Gensler, menjadikan bangunan ini mesra pengguna dan mesra alam sebagai refleksi kepada komitmen Shaklee terhadap ‘Kehidupan yang Harmoni bersama Alam Semulajadi’. Anda boleh menikmati pemandangan indah – langit, tumbuh-tumbuhan, bukit-bukau dan kehijauan tanah lapang, tidak kira di mana posisi anda berada di dalam bangunan ini. Rekabentuknya yang serba moden dan maju, membolehkan ia diterangi secara semulajadi oleh cahaya luar, serta pembangunannya daripada bahan dan warna secara semulajadi.

Ibu Pejabat Shaklee
Ibu Pejabat Shaklee

 

Di antara keunikannya adalah seperti:

  • Bahan-bahan kayu dan pintu diambil daripada kawasan hutan mapan.
  • Pembuatan permaidani daripada bahan yang dikitar semula.
  • Kerusi-kerusi diperbuat daripada bahan yang dikitar semula.
  • Tanaman landskap yang dijaga rapi terdiri daripada sebahagian tumbuhan botanik yang terdapat dalam produk-produk Shaklee.
  • Penggunaan sensor pergerakan bagi mengawal suis lampu untuk tujuan penjimatan tenaga.
  • Penghadang tingkap yang dikawal oleh sensor elektrik, bagi membolehkan 80% cahaya luar menerangi ruang dalaman dan pada masa yang sama menapis kepanasan.
  • Penggunaan ‘Low-E Glass’ di seluruh bangunan untuk penggunaan tenaga yang efisien.
  • Peredaran udara melalui bawah lantai untuk penggunaan tenaga yang lebih efisien dan menjamin kualiti udara.
  • Ruang dalaman yang luas bagi menggalakkan suasana kerja yang lebih harmoni dan menjamin peredaran udara segar.
  • Orientasi bangunan yang mesra alam dan kedudukannya yang berhampiran dengan pengangkutan awam.

Mudah-mudahan suatu hari nanti, kami dapat menjejakkan kaki ke sini. Amin…In Shaa Allah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s