Khasiat dan Keistimewaan Alfalfa Complex

Salam Ceria buat para pembaca,

Di Malaysia, antara tumbuhan herba yang popular ialah misai kuching, kacip fatimah, tongkat ali, dan ginseng. Bagaimana pula dengan tumbuhan alfalfa? Ada sesetengah orang kurang mengenali tumbuhan herba alfalfa sedangkan alfalfa telah lama wujud lebih dari 2500 tahun dahulu dan digelar ‘Raja Segala Makanan’, kerana mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan.

Sumber Vitamin dan Mineral Alfalfa Complex

Antara kandungan vitamin yang terdapat di dalam alfalfa ialah:-

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

Kandungan mineral yang terdapat di dalam alfalfa:-

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (Klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain keistimewaan alfalfa pula ialah:-

Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan).

Jika dilihat pada kandungan vitamin dan mineral yang terdapat di dalam alfalfa tidak hairanlah ianya memberi pelbagai manfaat untuk meningkatkan kesihatan.. Tapi harus diingat, tidak semua tanaman alfalfa mengandungi khasiat yang sama.. Kita kena ambil tahu cara tanaman alfalfa, bahagian mana yang diambil, cara pemprosesan dan sebagainya.

20989_977601615613354_4572646843194951185_n

Siapa Yang Perlu Ambil Alfalfa Complex?

  1. Mereka yang ingin menyingkirkan sisa toksin di dalam badan (detoksifikasi)
  2. Mereka yang mempunyai paras kolestrol yang tinggi
  3. Mereka yang mengidap penyakit kencing manis
  4. Mereka yang mempunyai masalah sakit sendi
  5. Mereka yang mempunyai masalah pundi kencing (kencing tidak lawa, batu karang)
  6. Mereka yang mempunyai masalah asthma
  7. Mereka yang mempunyai masalah gastrik
  8. Mereka yang mempunyai masalah bau badan yang sangat kuat
  9. Mereka yang mempunyai masalah dengan bau mulut
  10. Golongan wanita yang mempunyai masalah kesihatan wanita seperti keputihan, sakit ketika bersama, merapatkan miss ‘V’
  11. Golongan ibu menyusu yang mempunyai masalah penghasilan susu badan
  12. Golongan lelaki yang mempunyai masalah kesihatan lelaki seperti kelenjar prostate, tahan lama dan sebagainya.

AMARAN!

Tidak semua orang boleh mengambil alfalfa. Mereka yang mempunyai penyakit SLE, alfalfa boleh menyebabkan kesihatan bertambah teruk.

Oleh kerana alfalfa mengandungi sedikit kandungan estrogen maka pesakit yang mengidap kanser seperti kanser payu dara, kanser ovari serta fiborids tidak digalakkan untuk ambil walaupun alfalfa membantu dalam melawan sel kanser..

Mereka yang mengambil ubat cair darah seperti warfarin juga tidak digalakkan ambil alfalfa. Ini kerana kandungan vitamin K didalam alfalfa sangat tinggi yang membantu di dalam memekatkan darah. Jika diambil bersama dikhuatiri akan menyebabkan ubat warfarin tidak berkesan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Dapatkan Alfalfa Complex Anda Hari Ini.

Hubungi:

Maisarah

Pengedar Sah Shaklee Anda

WA/SMS – 013 768 2087

Facebook – Mai Raqib

Kawasan COD – Sungai Koyan, Kuala Medang, Kuala Lipis, Raub

Advertisements

One thought on “Khasiat dan Keistimewaan Alfalfa Complex

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s