Kepentingan Kolagen Kepada Kulit dan Kesihatan

Salam Ceria,

Hari ini, perkongsian saya adalah mengenai kolagen. Kolagen tu ramai orang tahu berkenaan kulit dan kecantikan. Tapi apa sebenarnya kolagen ni? Jom fahami serba sedikit pasal kolagen ni.

Apa Itu KOLAGEN? Sumber

Kolagen adalah protein utama pada tisu penghubung dalam mamalia dan
manusia dan merupakan salah satu protein yang panjang di samping
struktur fibrous protein yang berbeza daripada protein globul (enzim).
Terdapat lebih daripada 25 jenis kolagen wujud dalam badan secara
semulajadi.

Kolagen memainkan peranannya dalam kesihatan penjagaan kulit, otot,
tulang, rawan, urat, rambut, kuku, dan gigi. Rantaian kolagen yang kuat dikenali sebagai fiber kolagen, merupakan komponen utama pada matrik ekstraselular yang mengukuhkan tisu serta struktur sel. Kolagen merupakan komponen utama dalam fascia, kartilaj, ligamen, tendon, tulang serta kulit. Dengan adanya lapisan keratin yang lembut, ia membantu dalam menguatkan struktur lapisan kulit di samping daya elastik kulit. Selain itu, kolagen juga membantu dalam menguatkan saluran darah serta memainkan peranannya dalam membentuk tisu tubuh.

Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan untuk keanjalan kulit.
Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit manusia. Ia bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal.

whatiscollagen

Kolagen berkurangan seiring dengan peningkatan usia. Kulit menjadi berkedut. Oleh itu, tidak hairanlah ramai yang mencari dan tercari-cari sumber dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada kulit.

Selain itu, kolagen diperlukan dalam hal perubatan bagi melancarkan pergerakan sendi. Kadang kala digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit palsu.

Salah satu fungsi kolagen adalah merawat luka pada kulit. Ia merangsang platlet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka.

cd6bdb7f675886c49674512744c9248d963aa179_original

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% setahun selepas usia 25 tahu. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45 – 50 tahun, badan kehilangan separuh daripada kolagen yang ada. Maka, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Nak tau Shaklee ada kolagen ke tak? Klik di sini

Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi percuma hari ini.

Hubungi:

Maisarah

Pengedar Sah Shaklee Anda

Facebook – Mai Raqib

Email – maisarah.osman@me.com

WA/SMS – 013 768 2087

Kawasan COD – Sungai Koyan – Kuala Medang – Raub – Kuala Lipis

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s