Sendi dan Jenis-Jenis Penyakit Sendi

Salam Ceria,

Pembaca disayangi, sendi merupakan salah satu elemen penting dalam tubuh yang membolehkan kita bergerak dan melakukan aktiviti harian. Jika sendi gagal berfungsi dengan baik, amat sukar untuk kita bergerak dan mungkin mengakibatkan kesakitan yang lama dan berpanjangan. Hari ni, mari kita kenali SENDI dan jenis penyakit-penyakit SENDI.

Apa Itu Sendi? Sumber

Sendi merujuk kepada pertemuan antara tulang-tulang di dalam badan. Empat komponen utama di bahagian sendi ini adalah tulang rawan, bendalir sinovia, tendon, dan ligamen.

Tulang rawan bertindak sebagai ‘kusyen’ yang melindungi sendi, dan membenarkan tulang untuk gelinciran antara satu sama lain, manakala bendalir sinovia bertindak sebagai pelincir dan membekalkan khasiat kepada tulang rawan.

Tendon pula merupakan struktur berserat yang menghubungkan otot kepada tulang, dan ligamen merupakan serat yang fleksibel yang mengikat tulang.
Untuk mempunyai sendi yang sihat, keempat-empat komponen ini perlulah berada dalam keadaan yang baik.

Komponen Sendi

Jenis-jenis Penyakit Sendi

Terdapat banyak jenis sakit sendi, tetapi yang akan disentuh di sini adalah rheumatoid arthritis (RA), osteoarthritis (OA), tendinitis, dan seliuh.

Rheumatoid arthritis merupakan keradangan yang berlaku apabila bendalir sinovia diserang oleh sel darah putih teraktif, dan menyebabkan bahan kimia tertentu dilepaskan ke dalam bendalir sinovia (Minyak-minyak ikan atau herba seperti Boswellia membantu penghidap RA).

sakit sendi-sendi

Osteoarthritis pula merujuk kepada kemerosotan tulang rawan yang menyebabkan kesakitan apabila tulang-tulang bergesel antara satu sama lain (Glukosamina membantu melambatkan kehilangan tulang rawan). Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi). Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuhbadan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan. Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:

  1. Sakit pada sendi yang terlibat.
  2. Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
  3. Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
  4. Adanya pembesaran tulang sendi.

Tendinitis pula adalah keradangan, kegatalan dan bengkak pada tendon. Ianya juga mungkin disebabkan oleh tendon yang hilang keanjalan, berpunca daripada kecederaan, penggunaan berlebihan atau penuaan.

Seliuh pula merujuk kepada kecederaan pada sekitar ligamen satu sendi. Ianya berlaku apabila ligamen diunjurkan terlalu jauh atau ligamen terkoyak, dan menyebabkan sendi menjadi sakit dan bengkak.

sakit-sendi-kaki

Untuk mengekalkan taraf kesihatan sendi, ada beberapa makanan tambahan yang dicadangkan iatu Advanced Joint Health Tablet, OsteMatrix, dan Omega Guard

Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi percuma hari ini.

Hubungi:

Maisarah

Pengedar Sah Shaklee Anda

Facebook – Mai Raqib

Email – maisarah.osman@me.com

WA/SMS – 013 768 2087

Kawasan COD – Sungai Koyan – Kuala Medang – Raub – Kuala Lipis

Advertisements

One thought on “Sendi dan Jenis-Jenis Penyakit Sendi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s