Protein dan Asid Amino – Blok Pembina dalam Tubuh

Salam Ceria,

Apa khabar semua? Untuk hari ni, saya nak cerita berkenaan protein dan asid amino. Apa yang kita tahu pasal protein? Selama ni yang terbayang dalam minda bila sebut pasal protein ni ialah daging, ayam dan ikan.

Apa Itu Protein? Sumber

Protein ni blok-blok pembina dalam tubuh dan molekul yang mudah dijumpai dalam sel. Protein memainkan pelbagai peranan dalam tubuh – hormon, enzim, antibodi, dan saluran membran sel adalah protein berbeza yang memainkan peranan berbeza dalam fungsi sel. Menjaga-kesihatan-dengan-ESP-Shaklee-7

Secara am, protein memainkan peranan penting dalam membina sel-sel baru dan membaik pulih sel-sel yang telah mati dan rosak. Sel ni merupakan struktur asas dalam tubuh:

Sel -> Tisu -> Organ -> Sistem

Unit asas protein dipanggil asid amino. Asid amino ni bergabung antara satu sama lain membentuk satu rantaian panjang untuk membuat protein. Rantaian asid amino dikenal sebagai polipeptida dan rantaian lipatan polipeptida dan dengan menghasilkan ikatan sesama sendiri, rantaian polipeptida ini membentuk protein.

Terdapat 20 jenis asid amino, 11 daripadanya boleh disintesis dalam tubuh dan disebut asid amino tak perlu, manakala baki 9 lagi asid amino mesti diambil daripada diet harian dan disebut asid amino perlu.

  • Asid Amino Tak Perlu
    • Alanine
    • Arginine
    • Aspartic Acid
    • Asparagine
    • Cysteine
    • Glutamic Acid
    • Glutamine
    • Glycine
    • Proline
    • Serine
    • Tyrosine
  • Asid Amino Perlu
    • Histidine
    • Isoleucine
    • Leucine
    • Methionine
    • Phenylalaine
    • Threonine
    • Tryptophan
    • Valine
    • Lysine

Struktur Asas Asid Amino

Asid amino diikat bersama melalui tindak balas penyahidratan di mana 2 asid amino terikat dan 1 molekul air dilepaskan. 2 ion hidrogen dikeluarkan daripada kumpulan Amine (-NH) satu asid amino dan 1 oksigen dikeluarkan daripada kumpulan Karboksil (COOH) asid amino yang lain. Satu ikatan dibentuk antara kumpulan Amine dan Karboksil 2 asid amino tersebut.amino acidNilai nutrisi protein sangat tinggi. Oleh itu, mendapat jumlah protein yang mencukupi dalam diet sangat penting bila kita tengok betapa pentingnya protein dalam menjalankan sistem kehidupan.

Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi percuma hari ini.

Hubungi:

Maisarah

Pengedar Sah Shaklee Anda

Facebook – Mai Raqib

Email – maisarah.osman@me.com

WA/SMS – 013 768 2087

Kawasan COD – Sungai Koyan – Kuala Medang – Raub – Kuala Lipis

Pos Seluruh Malaysia

Advertisements

One thought on “Protein dan Asid Amino – Blok Pembina dalam Tubuh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s