Kepentingan Magnesium Untuk Sistem Tubuh Manusia

Magnesium, Unsur Magik untuk Kesihatan Tubuh Sumber

Salam Ceria,

Pembaca sekalian, kali ini saya ingin menceritakan tentang salah satu unsur yang penting dalam tubuh iaitu Magnesium.

Kalsium, unsur yang paling banyak dalam tubuh, telah lama menjadi fokus kajian terperinci disebabkan kekurangannya dikaitkan dengan pelbagai jenis masalah kesihatan. Walau bagaimanapun, Magnesium dibuktikan lebih penting kerana terlibat dalam pemindahan dan metabolisme Kalsium yang aktif.

Bagaimana Kalsium & Magnesium Bekerjasama?

Kalsium & Magnesium Saling Membantu dalam 3 Kaedah:

  1. Kalsium sangat penting untuk tulang yang kuat, Magnesium diperlukan untuk memastikan Kalsium diserap bagi pembentukan tulang.
  2. Kalsium penting untuk penegangan & pergerakan otot, Magnesium penting untuk pengenduran & merehatkan otot .
  3. Kalsium menyokong sistem saraf dengan memastikan penghantaran mesej pantas ke seluruh tubuh, Magnesium mengawal aliran Kalsium & memastikan ianya tidak menimbun dan menjadi hablur.

magnesium

Kepentingan Magnesium Untuk Sistem Tubuh Manusia

Membantu Pencernaan

Magnesium mengaktifkan enzim-enzim yang membantu pencernaan yang baik, menyerap dan menggunakan protein, lemak dan karbohidrat. Tanpa zat yang cukup, tubuh memerlukan lebih banyak makanan untuk mendapatkan nutrien penting yang menyebabkan kenaikan berat badan.

Menggalakkan Penghasilan Tenaga

Magnesium diperlukan dalam tindak balas kimia yang membenarkan insulin menghantar glukosa ke dalam sel untuk mencipta tenaga. Ketiadaan Magnesium yang mencukupi menyebabkan paras insulin dan glukosa meningkat. Glukosa berlebihan disimpan sebagai lemak dan menyumbang kenaikan berat badan. Keadaan lebih buruk, peningkatan insulin yang berterusan mendedahkan kita kepada Diabetis Tahap 2.

Membantu Mengawal Selera

Terdapat perkaitan antara paras leptin dan ghrelin yang tinggi dengan paras Magnesium yang rendah. Leptin merupakan hormon pengawal selera yang dirembes oleh sel lemak untuk memberitahu otak bila perut penuh, tetapi apabila selalu terlebih makan, paras hormon kekal tinggi. Tindakan ghrelin, hormon penggalak selera, boleh meningkat disebabkan kurang tidur, menyebabkan kita mahu makan lebih banyak.

Membolehkan Tidur Nyenyak

Magnesium memainkan peranan penting dalam membantu tidur nyenyak tanpa gangguan. Ada eksperimen mendapati individu yang mendapat tidur cukup 8 jam sehari mempunyai penurunan berat badan yang lebih berbanding individu yang tidur 6 jam dan kurang.

Bertindak Mengatasi Tekanan

Ketegangan fizikal, emosi, nutrisi atau psikologi berterusan menyebabkan penghasilan hormon tekanan, kortisol, yang menggalakkan tubuh menyimpan makanan dala bentuk lemak sebagai persediaan terhadap situasi tegang yang akan berlaku. Hal ini menyebabkan penurunan berat badan sukar. Magnesium meneutralkan kesan tekanan terhadap tubuh dengan berkesan dan digelar ‘Unsur Anti-Tekanan’.

Mengekang Toksin

Magnesium terlibat dalam pelbagai proses penyahtoksin dan diperlukan untuk meneutralkan toksin. Hati merupakan organ pembakar lemak utama, tetapi kandungan toksin yang tinggi boleh mengganggu fungsinya.

Adakah Anda Kekurangan Magnesium?

Tanda-tanda kekurangan Magnesium yang boleh diperhatikan termasuklah keresahan, kelesuan, hilang selera, mual, lemah otot, kekejangan, kaki lenguh waktu malam, sukar menelan, dan degupan jantung tak stabil dan laju.

Sumber Magnesium

Antara makanan yang kaya dengan Magnesium ialah sayur-sayuran hijau, biji-bijian dan kekacang, ikan, kacang soya, avokado, pisang, coklat (selain coklat putih), dan yogurt rendah lemak.

magnesium-incontinence-400x400

Pengambilan Cadangan Harian Magnesium

Amaun harian yang dicadangkan untuk Magnesium ialah 350mg sehari untuk wanita dan 300mg sehari untuk lelaki.

Suplemen Shaklee yang menyediakan Magnesium termasuklah Vita Lea Iron Formula dan Ostermatrix.

Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi percuma hari ini.

Hubungi:

Maisarah

Pengedar Sah Shaklee Anda

Facebook – Mai Raqib

Email – maisarah.osman@me.com

WA/SMS – 013 768 2087

Kawasan COD – Sungai Koyan – Kuala Medang – Raub – Kuala Lipis

Pos Seluruh Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s