Kelebihan dan Manfaat Garlic Complex Shaklee

Salam Ceria,

Pembaca disayangi, bawang putih bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan harian kita. Kebanyakan masakkan menggunakan bawang putih sebagai salah satu bahan utama dalam hidangan tak kiralah kailan goreng ikan masin ke, kari kambing ke, hatta spageti bolognese pun ada ditambah bawang putih di dalam sosnya. Bawang putih atau dalam bahasa Inggerisnya Garlic dipercayai mempunyai banyak manfaat. Antaranya membantu pengeluaran angin dalam badan, mengurangkan tekanan darah tinggi, juga untuk membanyakkan susu bagi ibu menyusu.

Kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih digunakan untuk mencuci darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.

garlic

Kelebihan Garlic Complex Shaklee Sumber

  • Garlic Complex Shaklee diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas.
  • Bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.
  • Pengekalan 100% Allisin aktif. Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba (Kebanyakan garlic yang dijual dipasaran tidak mempunyai Allisin aktif).
  • Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic.
  • Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.
  • Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.
  • Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.

Manfaat Utama Garlic Complex Shaklee

  1. Merupakan Antibiotik Semulajadi
    • Selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  2. Membantu Atasi Masalah Alahan/Alergi
    • Meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis
  3. Meningkatkan Sistem Penghadaman
    • Membantu dalam masalah seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.
  4. Menstabilkan Tekanan Darah Tinggi
    • Pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan baik untuk mengawal tekanan darah.
  5. Mengeluarkan Logam Toksik
    • Membantu menyingkirkan logam toksik dalam tubuh seperti raksa, plumbum, kadmium dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.
  6. Melindungi Sel-Sel Darah
    • Mengelakkan kemusnahan sel darah yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.
  7. Mengawal Paras Kolestrol
    • Membantu menurunkan paras kolestrol LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
  8. Bersifat Anti Kanser
    • Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.
  9. Mengelakkan Odema
    • Mengelakkan air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki.
  10. Memperbaiki Sistem Pernafasan
    • Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan bronkitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus).
  11. Pesakit Diabetis
    • Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan merangsang hati untuk mengawal gula dalam darah.
  12. Mampu Melawan Bakteria dan Jangkitan pada:
    • Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
    • Perut memulas (stomach upset)
    • Cirit-birit (Diarrhea)
    • Bronkitis
    • Luka-luka (infected wounds)
    • Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing

Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan jangkitan penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit serta lain-lain dan anda berasa khuathir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, bertukarlah kepada suplemen garlic yang antara kebaikkannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dan bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi percuma hari ini.

Hubungi:

Maisarah

Pengedar Sah Shaklee Anda

Facebook – Mai Raqib

Email – maisarah.osman@me.com

WA/SMS – 013 768 2087

Kawasan COD – Sungai Koyan – Kuala Medang – Raub – Kuala Lipis

Pos Seluruh Malaysia

Advertisements

2 thoughts on “Kelebihan dan Manfaat Garlic Complex Shaklee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s