Fungsi Hati Sebagai Industri Pemprosesan Dalam Tubuh

Salam Ceria,

Pembaca sekalian, hati merupakan organ terbesar dalam tubuh manusia dan berkeupayaan untuk membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung, tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati, namun hati mampu mebaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi – fungsi kritikal untuk mebaiki dan memulihkan sistem tubuh.LiverhiresFungsi Hati

Rembesan Hempedu

Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil. Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak – A, De, E, F, K dan membantu mengasimilasikan kalsium. Hempedu juga menukarkan beta karotena kepada vitamin A.

Bertindak Sebagai Detoksifikasi

Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolisme protein. Untuk detoksifikasi ammonia, hati juga menggabungkan bahan – bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan – bahan lain yang kurang toksik. Bahan – bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, kita juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul.

Mengawal Paras Gula Dalam Darah

Menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme. Hati mewujudkan faktor toleransi glukosa (GTF) dari kromium dan glutasi. GTF diperlukan oelh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam tubuh sebagai glikogen, dan kemudian akan ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen, adrenalin, dan insulin.

Metabolisme Lemak

Penting di dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolestrol, lipoprotein, dan fosfolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi anda hari ini.

Hubungi:

Maisarah

Pengedar Sah Shaklee Anda

Facebook – Mai Raqib

Email – maisarah.osman@me.com

WA/SMS – 013 768 2087

Kawasan COD – Sungai Koyan – Kuala Medang – Raub – Kuala Lipis

Pos Seluruh Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s