Protein – Kepentingannya Untuk Kesihatan Tubuh

Salam Ceria,

Pembaca sekalian, diet tinggi protein dan rendah karbohidrat adalah sesuatu yang hangat diperkatakan. Ahli bina badan mengambil suplemen protein. Individu dalam diet memakan bar protein dengan harapan berat badan turun dengan cepat. Kenapa mesti protein? Di sini saya akan rungkaikan berkenaan protein.

Kuasa Protein

Protein merupakan komponen penting dalam setiap sel tubuh. Rambut dan kuku keseluruhannya dihasilkan oleh protein. Tubuh menggunakan protein untuk membina dan membaik pulih tisu. Selain itu, protein digunakan untuk menghasilkan enzim, hormon, dan bahan kimia tubuh yang lain. Protein merupakan unit binaan penting untuk tulang, otot, kartilaj, kulit dan darah.

Protein merupakan ‘makronutrien’ selain lemak dan karbohidrat, bermakna tubuh memerlukannya dalam jumlah yang agak banyak. Tidak seperti lemak dan karbohidrat, tubuh tidak menyimpan protein, dan oleh itu tiada rizab untuk dikeluarkan apabila memerlukan bekalan baru.

Tidak perlu untuk kita memakan protein sepanjang hari, akan tetapi, kita memerlukan protein dari sumber makanan yang baik.

Jumlah Protein Yang Diperlukan

Jika berat badan sihat, tidak melakukan aktiviti berat dan kurang bersenam, sasaran untuk 0.8g hingga 1.3g protein bagi setiap kg berat badan merupakan jangkaan yang munasabah.

Ini membawa jumlah protein kepada:

  • 56-91 gram setiap hari bagi kebanyakkan lelaki.
  • 46-75 gram setiap hari bagi kebanyakkan wanita.

Pilih Sumber Protein Secara Bijak

Jenis protein yang kita ambil memainkan peranan dalam usaha menurunkan berat badan dengan jayanya dan dalam kesihatan keseluruhan.

Pengambilan daging proses dalam kuantiti yang banyak dikatikan dengan penambahan risiko diabetis tahap 2, penyakit jantung dan kanser kolorektal. Individu akan sukar mengawal berat badan dan merosakkan tubuh jika kerap mengambil protein dari sumber ini.

Pakar nutrisi mencadangan pengambil protein diet dari sumber berikut:

Ikan: Ikan menyediakan asid lemak omega 3 yang baik untuk kesihatan jantung dan secara umum, mengandungi lemak kurang daripada daging.

Burung: Lemak tepu boleh disingkirkan dengan membuang bahagian kulit.

Kekacang: Mengandungi lebih banyak protein berbanding tumbuhan lain, ditambah lagi dengan serat yang banyak menjadikan kenyang lebih lama.

Kacang tanah: Satu auns almond membekalkan 6 gram protein, hampir sama banyak dengan stik daging panggang.

Bijirin penuh: Sekeping roti penuh gandum membekalkan 3 gram protein dan serat penting.

Menjaga-kesihatan-dengan-ESP-Shaklee-7

Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi anda hari ini.

Hubungi:

Maisarah

Pengedar Sah Shaklee Anda

Facebook – Mai Raqib

Email – maisarah.osman@me.com

WA/SMS – 013 768 2087

Kawasan COD – Sungai Koyan – Kuala Medang – Raub – Kuala Lipis

Pos Seluruh Malaysia

Advertisements

One thought on “Protein – Kepentingannya Untuk Kesihatan Tubuh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s