Simptom Kekurangan Protein kepada Kesihatan Fizikal, Emosi, dan Mental

Salam Ceria,

Pembaca semua, sebelum ini saya ada ceritakan kepentingan protein untuk kesihatan. Hari ini, saya akan kongsikan bersama – sama, simptom kekurangan protein. Simptom kekurangan protein merupakan tanda pertama pemakanan kita kekurangan protein yang lengkap. Apabila tubuh tidak mendapat nutrisi untuknya berfungsi dengan baik, ia memberikan petanda sesuatu tidak kena.

Sesetengah orang mengalami simptom kekurangan protein akibat kurang pengambilan protein walaupun terdapat pelbagai sumber yang boleh diperoleh. Diet terlampau terhad, kekurangan pengetahuan tentang nutrient dan kebuluran menyumbang kepada kekurangan protein. Kekurangan protein tidak boleh dipandang remeh – boleh menyebabkan kwashiorkor, batu hempedu, arthritis, dan kemudaratan otot termasuk masalah jantung.

158519-425x282-Headache

Simptom Kekurangan Protein

Edema

Edema merupakan pengumpulan cecair di bawah kulit yang kebiasaannya memberi kesan kepada kaki, dan buku lali tetapi boleh terjadi di mana – mana bahagian tubuh. Protein penting untuk mengekalkan keseimbangan air dalam tubuh; tanpanya tubuh tidak dapat menyimpan air dengan betul.

Kehilangan Berat Badan

Kehilangan berat badan yang melampau adalah salah satu simptom kekurangan protein. Ianya boleh disebabkan kehilangan otot, akibat tubuh menguraikan otot untuk mendapatkan protein daripadanya.

Rambut Rapuh dan Halus

Keguguran dan kerapuhan rambut boleh disebabkan oleh kekurangan protein. Rambut dibina oleh protein, maka kekurangannya boleh membawa kepada kekurangan protein yang cukup untuk memastikan rambut kekal sihat. Bila kekurangan berlanjutan, rambut mula gugur.

Rabung pada Kuku

Rabung atau garisan puith pada kuku jari dan kaki boleh berpunca daripada kekurangan protein. Rabung yang hadir daripada atas ke bawah pada jadi menunjukkan kekurangan protein secara berterusan, manakala rabung yang senget menandakan sudah melepasi paras kekurangan

Kulit Pudar

Kulit yang kehilangan pigmen dan mudah terbakar di bawah sinaran matahari disebabkan kekurangan zat besi dan protein. Kebiasaannya, makanan kaya protein turut mengandungi zat besi, dan protein diperlukan oleh tubuh untuk menggunakan zat besi sebaiknya. Anemia atau kekurangan zat besi boleh menyebabkan kulit pudar.

Jangkitan Kulit

Jangkitan kulit, yang beserta dengan kulit bersisik dan kering adalah simptom kekurangan protein. Ianya disebabkan kekurangan protein yang ekstrem dan seakan – akan eczema dan jangkitan lain.

Badan Lemah

Lemah dan lesu boleh terjadi akibat kekurangan protein dala diet. Lama – kelamaan, apabila protein yang disimpan berkurangan, tubuh akan mula mengurai tisu otot yang boleh menyebabkan tubuh lemah dan lesu.

Lambat Sembuh

Asid amino, unit asas protein, adalah sangat kritikal dalam penyembuhan luka. Apabila tubuh memulih secara sendiri, ia perlu membaik pulih dan menghasilkan tisu. Tisu tersebut menggunakan asid amino dalam membaik pulih, dan kekurangan protein boleh membawa kepada proses penyembuhan yang lambat.

Sukar Tidur

Kesukaran untuk tidur boleh disebabkan oleh kekurangan serotonin, yang disebabkan oleh kekurangan sesuatu asid amino. Asid amino ini dihasilkan apabila protein diurai, dan protein yang tidak cukup dalam pemakanan membawa kesukaran untuk tidur.

Sakit Kepala

Sakit kepala boleh disebabkan oleh banyak perkara, termasuk kekurangan protein. Kekurangan protein boleh menyebabkan sakit kepala dalam 2 cara iaitu
Menyebabkan Anemia.
Menyebabkan paras gula darah rendah.

Pengsan

Pengsan dan lemah tubuh badan boleh berlaku disebabkan kekurangan protein. Ianya disebabkan oleh paras gula darah rendah dan tubuh terpaksa mengurai tisu otot untuk mendapatkan nutrient yang diperlukan.

Simptom Lain

Tidak semua simptom kekurangan protein bersifat fizikal. Ada juga simptom kepada emosi dan mental, termasuklah:

  • Mudah marah, kemurungan
  • Masalah dengan resolusi konflik
  • Tekanan perasaan melampau
  • Keresahan
  • Tiada semangat untuk melakukan kerja

Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi anda hari ini.

Hubungi:

Maisarah

Pengedar Sah Shaklee Anda

Facebook – Mai Raqib

Email – maisarah.osman@me.com

WA/SMS – 013 768 2087

Kawasan COD – Sungai Koyan – Kuala Medang – Raub – Kuala Lipis

Pos Seluruh Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s