Penyebab dan Teori Radikal Bebas

Salam Ceria,

Dalam entri yang lepas saya telah kongsikan serba ringkas mengenai maksud radikal bebas. Hari ini saya akan kongsikan pula tentang penyebab terjadinya radikal bebas.

Penyebab Kewujudan Radikal Bebas

Sinar ultra ungu matahari antara pukul 10.00 – 15.00, pencemaran asap rokok dan kilang, alkohol, asap kenderaan bermotor adalah faktor luaran yang mempercepatkan pembentukan radikal bebas di dalam tubuh. Setiap kali bernafas dengan menyedut oksigen pasti berlaku oksidasi yang menghasilkan sisa-sisa oksidasi yang disebut oksidan. Oksidan inilah yang juga membentuk radikal bebas .

Selain itu, makan berlebihan merupakan faktor dalaman pembentukan radikal bebas. Dalam makanan kita sehari-hari sebaiknya tidak lemak, vitamin, protein, dan sebagainya secara berlebihan. Hal ini kerana ketika tubuh kita mencerna makanan, selain menghasilkan tenaga, malah menghasilkan radikal bebas sebagai sebahagian proses metabolisme tubuh.

Stres oksidatif adalah ketidakseimbangan antara radikal bebas dan antioksidan yang disebabkan oleh 2 faktor umum iaitu kekurangan antioksidan, dan penghasilan radikal bebas berlebihan. Keadaan stres oksidatif membawa pada kerosakkan oksidatif bermula dari tahap sel, tisu hingga ke organ tubuh, mempercepat proses penuaan dan munculnya penyakit. Berbagai penyakit yang telah diteliti dan dikesan berkaitan dengan aktiviti radikal bebas antara lain adalah stroke, asma, diabetes melitus, radang usus, kronis salur darah tersembah di jantung, parkinson, hingga AIDS.

Teori Berkenaan Radikal Bebas

Teori penuaan dan radikal bebas pertama kali diilhamkan oleh Denham Harman dari University of Nebraska Medical Center di Omaha, AS pada 1956 yang menyatakan bahawa tubuh mengalami penuaan kerana serangan oksidasi dari zat-zat perosak. Kanser dan tumor disepakati para cendekiawan sebagai penyakit yang bermula dari mutasi gen atau sel DNA. Radikal bebas jelas berperanan pada proses mutasi ini. Bahaya lainnya adalah apabila ia bertindak balas dengan kolestrol low-density lipoprotein (LDL) menjadi bentuk yang reaktif sebagai faktor risiko penyakit jantung.

Cara Atasi Radikal Bebas

Radikal bebas (oksidan) ini boleh diatasi dengan menghalang kemasukkan oksidan ini ke tubuh dengan memakai krim (sun block) di kulit, dan juga dengan antioksidan. Antioksidan dalam tubuh dapat memberikan perlindungan pada tubuh dari ancaman radikal bebas dan berfungsi untuk meneutralkannya. Manfaatnya dapat memperlambat proses penuaan dan mencegah pelbagai penyakit di atas.

Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi khas untuk anda hari ini.

Hubungi:

Maisarah

Pengedar Sah Shaklee Anda

SMS/WA – 013 768 2087

FB – Mai Raqib

COD – Sungai Koyan, Raub, Kuala Medang, Kuala Lipis

Pos Seluruh Malaysia

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s