Radikal Bebas dan Antioksidan

Salam Ceria,

Pembaca semua, radikal bebas dan antioksidan adalah istilah yang sering kali kita dengar, tapi ramai yang mungkin tidak mengetahui apa sebenarnya radikal bebas. Hari ini, saya akan berkongsi mengenai pengertian radikal bebas dan antioksidan.

Radikal Bebas (Oksidan)

Radikal bebas atau oksidan merupakan molekul-molekul yang mudah reaktif di dalam tubuh dan pada hakikatnya boleh merosakkan bio molekul penting di dalam sel-sel, termasuk DNA. Hal ini merupakan penyebab utama penyakit kronik seperti serangan jantung, kanser hingga penuaan awal.

Berdasarkan kajian Moses Gomberg, istilah radikal bebas diertikan sebagai molekul yang secara relatif tidak stabil di dalam sel, mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan di orbit luarnya. Molekul tersebut bersifat reaktif dalam mencari pasangan elektronnya, yang biasanya “dicuri” dari sel tubuh lain. Hal inilah yang merosakkan sel-sel tubuh, dan berakhir dengan penuaan awal.

Radikal bebas yang bersifat reaktif tersebut juga dapat menimbulkan perubahan secara kimia dan merosakkan pelbagai komponen sel hidup seperti protein, lipid, karbohidrat, dan asid nukleat. Lebih mudarat, jika radikal bebas sudah terbentuk dalam tubuh maka akan terjadi reaksi berantai dan menghasilkan radikal bebas baru yang akhirnya jumlahnya terus bertambah.

molekul yang secara relatif tidak stabil di dalam sel, mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan di orbit luarnya

Antioksidan

Zat anti oksidan adalah bahan yang dapat meneutralkan dan menghapuskan radikal bebas. Radikal bebas merupakan sejenis oksigen yang memiliki tahap reaktif yang tinggi dan secara semulajadi ada di dalam tubuh sebagai hasil dari reaksi biokimia di dalam tubuh. Radikal bebas juga terdapat di lingkungan sekitar kita yang berasal dari pencemaran udara, asap tembakau, pengewapan alkohol yang berlebihan, bahan pengawet, sinar ultra ungu, sinar X, dan ozon.

Radikal bebas dapat merosakkan sel tubuh apabila tubuh kekurangan zat anti oksidan atau apabila tubuh mengandungi radikal bebas berlebihan. Hal ini dapat menyebabkan perebakkan sel kanser, penyakit hati, arthritis, katarak, dan penyakit degeneratif lainnya, dan mempercepat proses penuaan.

11174638_837879406248184_9077397842452192222_o

Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi anda hari ini.

Hubungi:

Maisarah

Pengedar Sah Shaklee Anda

Facebook – Mai Raqib

Email – maisarah.osman@me.com

WA/SMS – 013 768 2087

Kawasan COD – Sungai Koyan – Kuala Medang – Raub – Kuala Lipis

Pos Seluruh Malaysia

Advertisements

2 thoughts on “Radikal Bebas dan Antioksidan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s