Makan Vitamin Dan Suplemen Dengan Berkesan

Salam Ceria,

Pembaca yang dikasihi sekalian, saya yakin ramai yang tahu berkat istiqamah (amalan yang dilakukan secara sedikit tetapi berterusan) even dalam mendapatkan kesan hasil dari pengambilan suplemen, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian disebabkan sel kita hidup antara 90-120 hari.

Namun demikian ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau suplemen mereka disebabkan oleh beberapa faktor.

Faktor Vitamin dan Suplemen Tidak Berkesan

Pengambilan air kosong dipandang remeh

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.

Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis.

Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa

Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

Pantang larang makan vitamin

Multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama air susu/ ostematrix/ pil kalsium. Hal ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.

20130226_181914-1024x768

Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi anda hari ini.

Hubungi:

Maisarah

Pengedar Sah Shaklee Anda

Facebook – Mai Raqib

Email – maisarah.osman@me.com

WA/SMS – 013 768 2087

Kawasan COD – Sungai Koyan – Kuala Medang – Raub – Kuala Lipis

Pos Seluruh Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s