Hubungkait Tekanan Dengan Kolesterol

Salam Ceria,

Para pembaca setia yang saya hormati, mungkin ramai di kalangan kita yang tidak menyedari terdapat kaitan antara tekanan dengan paras kolestrerol.

Untuk entri kali ini, saya akan kongsikan bersama pendapat daripada 2 orang doktor mengenai cara tekanan menyumbang kepada kolesterol.

Dr. Stuart Seale:

“Kajian telah menunjukkan bahawa tekanan boleh meningkatkan kolesterol bukan sahaja untuk jangka pendek, malah dapat mempengaruhi paras kolesterol untuk jangka masa panjang. Penyebab hal ini masih belum diketahui secara tepat. Kajian lain pula telah menunjukkan tekanan itu sendiri bukan satu – satunya dalang, tetapi cara individu bertindak dan menguruskan tekanan juga penting. Mereka yang menguruskan tekanan dengan cara yang tidak sihat seperti menyalahkan diri sendiri, mengurung diri, dan bermusuhan, cenderung untuk mempunyai paras kolesterol HDL (baik) yang rendah”.

Dr. Lisa Matzer:

“Tekanan diketahui meningkatkan paras kolesterol LDL (tidak baik). Jumlah tekanan yang dibendung tidak sepenting cara anda menangani tekanan. Semakin banyak marah dan bermusuhan yang dihasilkan tekanan dalam diri anda, semakin tinggi paras kolesterol LDL dan triglyceride. Tekanan menggalakkan tubuh untuk menghasilkan lebih tenaga dalam bentuk bahan bakar metabolik, yang menyebabkan hati menghasilkan dan merembeskan lebih banyak kolesterol LDL. Tekanan juga boleh menghalang tubuh membersihkan lipid (lemak)”.

Dr. Jacob DeLaRosa:

“Satu teori iaitu hormon tekanan berfungsi membekalkan bahan bakar untuk menghadapi kemungkinan situasi perubahan dalam sistem tubuh. Akan tetapi, jika tenaga ini tidak digunakan, ia akan menyebabkan penimbunan tisu lemak. Tambahan pula, gula yang dihasilkan dengan tekanan berulang kali tidak digunakan dan akan ditukarkan kepada triglyceride atau asid lemak lain”.

cholesterol

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi anda hari ini.

Hubungi:

Maisarah

Pengedar Sah Shaklee Anda

Facebook – Mai Raqib

Email – maisarah.osman@me.com

WA/SMS – 013 768 2087

Kawasan COD – Sungai Koyan – Kuala Medang – Raub – Kuala Lipis

Pos Seluruh Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s