Sabar dan Pengorbanan

Salam Ceria,

Para pembaca yang sangat saya hormati, Hari Aidil Adha merupakan salah satu perayaan terbesar bagi umat Islam.

Pada bulan ini lah, umat Islam akan menunaikan fardhu haji di Baitullah al Haram di Mekah al Mukaramah. Selain itu, pada perayaan Aidil Adha ini, ibadah Qurban akan diadakan. Di sebalik ibadah haji dan qurban ini, terselit satu iktibar dan contoh kepada kita semua mengenai sifat SABAR dan PENGORBANAN.

Betapa tinggi sifat SABAR Nabi Ismail a.s yang akur dan menggesa ayahnya Nabi Ibrahim a.s agar menunaikan perintah Allah S.W.T yang diilhamkan melalui mimpi ayahnya iaitu menyembelih Nabi Ismail. Semasa peristiwa itu berlaku, dengan kekuasaan Allah S.W.T, tempat Nabi Ismail a.s telah digantikan dengan kibash.

PENGORBANAN Nabi Ibrahim a.s amatlah besar. Baginda menerima perintah Allah S.W.T untuk menyembelih anaknya dengan rasa tunduk dan patuh tanpa membantah walaupun baginda telah menunggu begitu lama untuk mempunyai seorang keturunan.

Isteri Nabi Ibrahim a.s yang juga ibu kepada Nabi Ismail a.s turut memainkan peranan penting dalam menegakkan perintah Allah. Beliau sanggup berjauhan dengan suaminya dan tinggal berseorangan bersama Nabi Ismail yang masih kecil di padang pasir yang tandus dan kering kontang semata – mata mematuhi perintah Allah.

Kisah SABAR dan PENGORBANAN telah menjadikan ibadah haji dan qurban sebagai salah satu syariat dalam Islam.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Salam Aidil Adha kepada semua umat Islam. Semoga ibadah haji, dan qurban diterima Allah S.W.T.

aidiladha11200901511

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi anda hari ini.

Hubungi:

Maisarah

Pengedar Sah Shaklee Anda

Facebook– Mai Raqib

Email – maisarah.osman@me.com

WA/SMS – 013 768 2087

Kawasan COD – Sungai Koyan – Kuala Medang – Raub – Kuala Lipis

Pos Seluruh Malaysia

Advertisements
Posted in Am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s