Vitamin D Untuk Tulang Yang Lebih Kuat Dan Sihat

Salam Ceria,

Para pembaca setia blog, hari ini saya nak kongsikan petikan akhbar mengenai kepentingan vitamin D kepada kita semua.

Penemuan SEANUTS  (South East Asia Nutrition Survey) dalam kajiannya menunjukkan bahawa hampir separuh daripada kanak-kanak yang dikaji mengalami kekurangan Vitamin D manakala 1 daripada 20 orang mengalami masalah kekurangan nutrisi.

Vitamin D Penting

Menurut Setiausaha Kehormat Persatuan Pemakanan Malaysia yang juga Ketua Program Pemakanan Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan, UKM Profesor Dr Norimah Karim, vitamin D adalah penting untuk golongan dewasa dan juga kanak-kanak kerana vitamin ini membantu menyerap kalsium dalam badan.

“Tanpa Vitamin D yang mencukupi, kalsium yang kita peroleh daripada diet kita tidak dapat diserap dengan sebaiknya.
Dalam kes-kes yang serius, kekurangan Vitamin D ini boleh menyebabkan penyakit riket, iaitu penyakit yang mengakibatkan tisu tulang tidak berupaya memineralisasi tulang dan mengakibatkan tulang yang lembut dan kecacatan rangka tulang.”

“Untuk menangani masalah kekurangan Vitamin D, kanak-kanak seharusnya menghabiskan lebih banyak masa di luar rumah untuk membolehkan badan menghasilkan Vitamin D secara semulajadi.”

Selain itu, ibu bapa boleh menitikberatkan pengambilan makanan anak-anak untuk memastikan mereka memperoleh Vitamin D yang mencukupi.

“Memandangkan Vitamin D larut dalam lemak, ia hanya boleh didapati daripada ikan seperti ikan kembung, sardin dan salmon, kuning telur dan susu yang kaya dengan Vitamin D. .

“Kita memerlukan kira-kira 5 mikrogram vitamin D sehari menurut saranan pengambilan nutrisi (RNI) yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan. Oleh itu, pastikan susu yang anda pilih itu tinggi dengan tahap Vitamin D yang sepatutnya,” jelas Prof Dr Norimah.

Semoga perkongsian ringkas ini dapat memberi manfaat kepada kita. Lagi satu, vitamin D ni juga terkandung dalam OsteMatrix. Jadi, kalau tak pasti anda mengambil vitamin D yang mencukupi, makanlah OsteMatrix.

oste

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi anda hari ini.

Hubungi:

Maisarah

Pengedar Sah Shaklee Anda

Facebook– Mai Raqib

Email – maisarah.osman@me.com

WA/SMS – 013 768 2087

Kawasan COD – Sungai Koyan – Kuala Medang – Raub – Kuala Lipis

Pos Seluruh Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s