Interferon dan Peranannya

Salam Ceria,

Apa khabar semua pembaca setia blog saya. Sudah agak lama tak update entri kat sini.

Entri kali ini saya nak kongsikan mengenai interferon. Pernah dengar perkataan interferon tak? Saya tau ramai yang tidak tahu pasal interferon.

Interferon adalah satu keluarga protein wujud semulajadi yang dihasilkan dan dirembes oleh sel – sel sistem imun (sel darah putih, sel pembunuh semulajadi, fibroblast dan sel epithelial).  Ada 3 kelas interferon yang dikenal pasti iaitu alpha (α), beta (β), dan gamma (γ).

Fungsi Interferon

Interferon mengatur tindak balas sistem imun terhadap virus, bakteria, kanser dan bahan asing lain yang menceroboh tubuh. Interferon tidak membunuh viral atau sel kanser secara langsung. Interferon menggalakkan tindak balas sistem imun dan mengurangkan pertumbuhan sel kanser dengan mengatur tindakan beberapa gen yang mengawal rembesan sel protein yang mempengaruhi pertumbuhan.

NutriFeron Shaklee merupakan satu – satunya suplemen yang menggalak penghasilan interferon dalam tubuh secara semulajadi. NutriFeron amat membantu kepada mereka yang kerap mengalami demam, selsema, asma dan lain – lain.

tumblr_no1b6zdbNQ1txghnzo1_500

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi anda hari ini.

Hubungi:

Maisarah

Pengedar Sah Shaklee Anda

Facebook– Mai Raqib

Email – maisarah.osman@me.com

WA/SMS – 013 768 2087

Kawasan COD – Sungai Koyan – Kuala Medang – Raub – Kuala Lipis

Pos Seluruh Malaysia

Sabar dan Pengorbanan

Salam Ceria,

Para pembaca yang sangat saya hormati, Hari Aidil Adha merupakan salah satu perayaan terbesar bagi umat Islam.

Pada bulan ini lah, umat Islam akan menunaikan fardhu haji di Baitullah al Haram di Mekah al Mukaramah. Selain itu, pada perayaan Aidil Adha ini, ibadah Qurban akan diadakan. Di sebalik ibadah haji dan qurban ini, terselit satu iktibar dan contoh kepada kita semua mengenai sifat SABAR dan PENGORBANAN.

Betapa tinggi sifat SABAR Nabi Ismail a.s yang akur dan menggesa ayahnya Nabi Ibrahim a.s agar menunaikan perintah Allah S.W.T yang diilhamkan melalui mimpi ayahnya iaitu menyembelih Nabi Ismail. Semasa peristiwa itu berlaku, dengan kekuasaan Allah S.W.T, tempat Nabi Ismail a.s telah digantikan dengan kibash.

PENGORBANAN Nabi Ibrahim a.s amatlah besar. Baginda menerima perintah Allah S.W.T untuk menyembelih anaknya dengan rasa tunduk dan patuh tanpa membantah walaupun baginda telah menunggu begitu lama untuk mempunyai seorang keturunan.

Isteri Nabi Ibrahim a.s yang juga ibu kepada Nabi Ismail a.s turut memainkan peranan penting dalam menegakkan perintah Allah. Beliau sanggup berjauhan dengan suaminya dan tinggal berseorangan bersama Nabi Ismail yang masih kecil di padang pasir yang tandus dan kering kontang semata – mata mematuhi perintah Allah.

Kisah SABAR dan PENGORBANAN telah menjadikan ibadah haji dan qurban sebagai salah satu syariat dalam Islam.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Salam Aidil Adha kepada semua umat Islam. Semoga ibadah haji, dan qurban diterima Allah S.W.T.

aidiladha11200901511

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi anda hari ini.

Hubungi:

Maisarah

Pengedar Sah Shaklee Anda

Facebook– Mai Raqib

Email – maisarah.osman@me.com

WA/SMS – 013 768 2087

Kawasan COD – Sungai Koyan – Kuala Medang – Raub – Kuala Lipis

Pos Seluruh Malaysia

Zink Untuk Memulihkan Luka

Salam Ceria,

Para pembaca sekalian, diet memainkan peranan penting dalam memulihkan kecederaan. Secara umum, majoriti vitamin dan nutrien yang diambil membantu proses pemulihan, tetapi sesetengah makanan boleh jadi sangat – sangat membantu mempercepatkan setiap proses pemulihan dan mengurangkan parut. Protein dan vitamin C adalah antara unsur yang bermanfaat untuk individu yang pulih dari kecederaan. Zink juga nutrien yang terpenting.

Menurut Institusi Kesihatan Kebangsaan Amerika, mineral zink sangat penting untuk kesihatan menyeluruh dan pelbagai aspek metabolisme sel. Dalam pemulihan luka, zink memberi manfaat kepada tubuh dengan membantu menyelenggara integriti struktur tisu kulit dan membran mukosa. Sebab itu, kebanyakkan doktor akan memberi suplemen zink kepada individu yang menderita ulser kulit.  Manfaat lainnya, zink membantu pembahagian sel, yang merupakan fungsi yang bertanggungjawab membina tisu baru.

Menyedari kepentingannya, Shaklee telah menghasilkan Zinc Complex. Zinc Complex boleh dimakan oleh wanita yang berpantang dan mereka yang dalam proses pemulihan akibat pembedahan atau kecederaan.

Zinc complex

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi anda hari ini.

Hubungi:

Maisarah

Pengedar Sah Shaklee Anda

Facebook – Mai Raqib

Email – maisarah.osman@me.com

WA/SMS – 013 768 2087

Kawasan COD – Sungai Koyan – Kuala Medang – Raub – Kuala Lipis

Pos Seluruh Malaysia

Nutrisi Penting Untuk Meredakan Batuk

Salam Ceria,

Musim panas dan jerebu ni, ramai juga di kalangan kita tak kira kanak – kanak atau dewasa mengalami batuk.

Batuk merupakan tindak balas semula jadi tubuh untuk membersihkan kawasan pernafasan dari sebarang halangan. Batuk biasa disebabkan oleh jangkitan bakteria atau viral dan boleh jadi batuk kering atau batuk berkahak.

Batuk biasa dikategorikan kepada 2:

  • Batuk akut: berlanjutan kurang daripada 3 minggu dan selalunya akibat jangkitan bakteria atau viral pada saluran atas pernafasan.
  • Batuk kronik: berlanjutan lebih daripada 3 minggu.

Nutrisi Penting Untuk Meredakan Batuk

Vitamin C & Zink 

Vitamin C dan Zink adalah 2 blok pembina nutrisi yang berkesan untuk mengukuhkan imun. Keduanya digunakan dalam tindak balas imun terhadap jangkitan, menyokong penyembuhan dan menguatkan ketahanan terhadap jangkitan. Nutrien imun penting ini terlibat dalam setiap tindak balas imun, serta mengurangkan jangkitan pernafasan dan menggalakkan penyembuhan.

Minyak Ikan (Omega Guard)

Minyak ikan mengandungi asid lemak penting yang bersifat anti radang. Batuk boleh menyebabkan radang yang kuat dalam paru – paru. Mengambil minyak ikan membantu mengurangkan radang.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi anda hari ini.

Hubungi:

Maisarah

Pengedar Sah Shaklee Anda

Facebook – Mai Raqib

Email – maisarah.osman@me.com

WA/SMS – 013 768 2087

Kawasan COD – Sungai Koyan – Kuala Medang – Raub – Kuala Lipis

Pos Seluruh Malaysia

Jaga Kesihatan Semasa Jerebu

Salam Ceria,

Para pembaca sekalian, boleh dikatakan setiap tahun negara kita dilanda jerebu. Bacaan indeks pencemaran udara yang tinggi bukan hanya menyukarkan kita melakukan aktiviti harian, malah turut mengancam kesihatan tubuh badan.

Di televisyen pun ada diiklankan langkah – langkah untuk menghadapi jerebu ni seperti banyakkan minum air, kurangkan aktiviti luar, dan memakai topeng muka apabila berada di luar rumah.

Dalam aspek kesihatan pula pada keadaan jerebu, kita lebih mudah diserang penyakit seperti batuk, demam dan selsema. Oleh hal yang demikian, kita perlu meningkatkan lagi kekuatan daya sistem imun tubuh bagi menghadapi situasi jerebu.

Omega Guard telah dibuktikan dapat membantu meningkatkan daya imun tubuh dan melindungi paru – paru bagi mengelakkan penyakit seperti batuk dan bronkitis.

NutriFeron pula telah diuji secara klinikal dapat meningkatkan daya imun tubuh dengan pantas dalam masa 3 hari sahaja. NutriFeron boleh mengurangkan dan menghalang simptom flu, demam dan selsema.

Selain itu, untuk memastikan tubuh sentiasa bertenaga dan tidak kehilangan air dengan cepat, boleh minum minuman isotonik, Performance Drink.

Kesihatan diri sangat penting agar kita tidak terganggu untuk melakukan aktiviti harian seperti bekerja, belajar, dan bermain.

Slide1

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi anda hari ini.

Hubungi:

Maisarah

Pengedar Sah Shaklee Anda

Facebook – Mai Raqib

Email – maisarah.osman@me.com

WA/SMS – 013 768 2087

Kawasan COD – Sungai Koyan – Kuala Medang – Raub – Kuala Lipis

Pos Seluruh Malaysia

Vitamin E Untuk Kulit Yang Sihat

Salam Ceria,

Para pembaca budiman sekalian. Tahu tak, Vitamin E merupakan salah satu antioksidan kuat yang dapat menghapuskan radikal bebas dalam tubuh.

Ianya dapat memberikan manfaat kepada kulit dan menghalang kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Vitamin E, jika dimakan, antioksidan akan menuju ke semua sel, termasuklah sel kulit.

Apa yang menariknya, selain dimakan, vitamin E juga boleh diaplikasikan secara terus. Vitamin E berinteraksi secara langsung dengan sel kulit, meneutralkan radikal bebas dalam kulit dan menghalang tanda – tanda penuaan, termasuklah risiko kanser kulit. Sebagai minyak, vitamin E membantu meningkatkan kelembapan kulit. Beberapa bukti menunjukkan vitamin E dapat meningkatkan kepantasan baik pulih pada kulit, yang membantu proses penyembuhan parut dan jerawat.

photo-15

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi anda hari ini.

Hubungi:

Maisarah

Pengedar Sah Shaklee Anda

Facebook – Mai Raqib

Email – maisarah.osman@me.com

WA/SMS – 013 768 2087

Kawasan COD – Sungai Koyan – Kuala Medang – Raub – Kuala Lipis

Pos Seluruh Malaysia

Asid Folik Melindungi Bayi Dalam Kandungan

Salam Ceria,

Para pembaca semua, asid folik yang merupakan salah satu kumpulan vitamin B dapat menghalang kecacatan terhadap bayi dalam kandungan.

Kajian menunjukkan memulakan pengambilan asid folik sebelum kehamilan dapat mengurangkan kejadian kecacatan bayi yang dikenali sebagai kecacatan tiub saraf (neural tube defect) iaitu kecacatan tulang belakang dan otak seperti spina bifida and anencephaly, sebanyak lebih daripada 70 peratus.

Spina bifida terjadi apabila sebahagian tulang belakang bayi kekal berada di luar tubuhnya. Bayi boleh lumpuh bahagian kaki, yang seterusnya menyebabkan masalah kawalan pundi kencing dan usus. Anencephaly pula keadaan di mana bayi lahir tanpa sebahagian tengkorak dan otak, yang menyebabkan kematian.

Semua wanita memerlukan asid folik kerana ia sangat bagus kepada anda dan bayi pada peringkat awal kehamilan, sewaktu anda sendiri tidak sedar sedang hamil. Pengamalan asid folik selepas bulan pertama kehamilan, dan sepanjang hayat memastikan kesihatan yang baik untuk anda dan keluarga pada masa akan datang.

tip-vitamin-shaklee-berbau

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi anda hari ini.

Hubungi:

Maisarah

Pengedar Sah Shaklee Anda

Facebook – Mai Raqib

Email – maisarah.osman@me.com

WA/SMS – 013 768 2087

Kawasan COD – Sungai Koyan – Kuala Medang – Raub – Kuala Lipis

Pos Seluruh Malaysia